KLIK SINI JUGAK!!!!


Sunday 14 December 2014

Convocation Days :)

Assalamualaikum.

Cerita lama jangan di kenang. Hahaha. Eh suka hati i la. Belog i kan. Hahaha.

Konvo bulan 1 haritu tp bulan 12 baru update. Kau rasa? Sbb baru boleh nak up gambar . Kalau update cerita konvo takde gambar baik simpan je diam2 gitu. Hahaha

Alhamdulillah. Selesai dah aku menghabiskan 3 tahun hidup aku berhempas pulas untuk ilmu dan dpt jugak aku genggam segulung diploma di kolej universiti insaniah ( kuin) .Gitu. Cehhhh

I'm graduate in diploma islamic insurance

 
                  Orang kuat dibelakang


Terima kasih. Terima kasih dan terima kasih. Untuk mak. Adik2. Family's Yg sentiasa support. Bg duit belanje. Hahsha

Terima kasih buat pensyarah2 kuin. Cikgu2 sek rendah sek menengah . Ustaz ustazah semua. Tanpa anda saya xpakai baju besar sambil pegang bunga tu. Hiksss

Terima kasih buat kawan2. Member2. Classmate2 yg ramai xterhingga tu yg sentiasa tolong bg pinjam nota. Ajar buat assigment. Teman pegi print assigment. Tolong bgtau ada kelas batal. Eh. Dan mcm2 lagi.

Terima kasih buat akak2 abang2 senior kat tempat praktikal sepanjang 4 bulan saya praktikal yg sentiasa bg tunjuk ajar and support.


Terima kasih kalian2 semua.
Tanpa anda saya tak mampu sampai ketahap ni.

Doakan saya terus suksis.

Tq. :)

menghilang lagi .

Assalamualaikum.

Hai. Lama belog xberupdate. Asyik hilang je. Sekarang di ada kat kedah. Sibok cari kerja. Sibok tolong orang berniaga. Sibok jaga anak orang. Haishh. Busy hoi. Busy hoii. Dan sebab yg paling utama line internet. Line maxis lambatttt kau. So berdiam kejap.

Xtau nak cerita apa. Sekarang sibok pegi pusing2 area alor setar cari keje kosong. Kadang2 bila rajin pegi la tolong paksumaksu aku berniaga kat pasar malam. Best wooo. Dan tugas yg paling hakiki sekali dok tukar pampers. Buat susu. Kejar nk bg mandi. Menjerit terlolong dekat bebudak tu. Jadi babysitter gitu. Hahaha


Abang haziq

Adik romie




Ok la. Tu je nak update. 
Kbai.tq

Thursday 20 November 2014

Malas.

Assalamualaikum.
Hi. Gigih jugak aku update belog. Sekarang virus malas nak menaip kat belog dh start menyerang balik. Karang tak memasal setahun kemudian baru muncul entry baru. Nasib kau la belog dapat tuan cegini. Malas.

Malas nak cari idea nak taip apa. Malas nak menaip. Malas gile tau. Shuhhhh kau penyakit malas.
Bukak dashboard selalu then tutup balik. Mcm nk benti bebelog dh. Tapi lepas baca entry Ben Ashaari kemarin terus xjadi nak pencen. Walaupun blog aku xada reader. Xada followers. Hahaha.

Ok untuk entry hari ni. Jadi jugak satu entry.

Kbye
Tq ♡♡♡

Friday 7 November 2014

Screenshot guna samsung trend plus.

Assalamualaikum.

Dah setengah tahun aku pakai henset ni tapi baru tadi aku dok godek2 tgk then teringat macam mana nak buat screenshot eh? So godek punya godek xtau so ambik keputusan tanya encik google tapi google2 tengok banyak cara screenshot guna phone samsung yg lain. Try jugak buat tapi asal xboleh. Last2 jumpa jgak satu belog ke apa ntah dia tunjuk cara screenshot guna trend plus so aku ikut la tp apesal xboleh jugak. Last2 wassap kwn tanya dia dah kebetulan pakai phone samakan. Smbil tggu dy reply wassap try jugakla buat mcm belog tu ajar. Last2 berjaya . Yeayyy. Then kwn balas wassap pn benda yg sama. Hee ok xpayah bebel panjang. Jom buat.

Aku update belog xboleh up gambar tau. So baca dan bayangkan sendiri ehh.

First bukak la apa benda yg korang nak screenshot kan tu cthnya: mesej ke, wassap ke or apa2 je.

Then korang kena tekan BUTTON POWER kat tepi phone tu sambil tekan BUTTON MENU *yg seketul kat bawah tu* . Tekan sama2 tau. Jgn tekan lama sgt. Jgn cepat sgt. Lebih kurang 2 3 saat la.

Lepas dh tekan tu korang akan dgn la mcm bunyi tangkap gambar tu. Then dah siap. Pegi tgk kat galeri photo.

Kalau tak keluar bunyi tu try banyak kali. Sbb aku pn try banyak kali. Sbb kot la korg tetekan 2 button tu lama sgt ke kejap sgt ke. Heee

Semoga berjaya.

Kbye
Tq :)

Thursday 6 November 2014

Idea update belog.

Assalamualaikum. Hye :)

Gigih jugak update blog sbb mcm boring kalau xupdate. walaupun xada reader. Wahahaha. Ada aku kesah? . Sblm taip Assalamalaikum kt atas tu idea nak taip apa mencanak2 dalam kepala otak ni. Sekali dh taip terus mcm blurrr jap. Haishh nak cite pasal apa ni.

Kdg2 ada jugak benda yg mcm best je kalau update kat belog tapi tetiba ada suara berbisik boleh ke update psl ni. Hishhh karang org sensitip terbaca belog aku karang kena saman pulak xpasal2 hahaha. *ntah pape je.

Hmmm *blurrr...


Tadi sebelum update taip entry ni aku mcm terpikir nak update pasal buli,pasal shopping, pasal makan, pasal kahwin . Ehh . Hahahaha *jgn salah phm. Tapi sekarang aku malas nak taip. Malas tau M.A.L.A.S.. yg tu penyakit bahaya tau. Mohon elakkan!!! Wahahaha.

Dah la stop dulu sblm mengarut lebih jauh.

# Title kat atas tu betul dah. Tapi isi entry xsama dgn apa yang aku pikir nak cerita td. Kahkah

Bye.
Tq:D

Tuesday 4 November 2014

senyuman :)

SENYUMAN...benda simple yang semua orang boleh buat kn...tapiiii benda tu la yang kebanyakkan orang terasa payah nak buat...kenapa ye...sedangkan orang buta yang xnampak apa2 pun boleh buat walaupun dia xtau dia senyum untuk sape kn...kenapa bukan kita yang sempurna ni cuba untuk senyum..xkena bayar pn..kadang2 geram ok bila kita senyum kt orang tapi xbalas pn..bukan nk mengharap la..tapi xkan benda simple mcm 2 pun payah kan...cuba senyum walaupun kita sedang dalam keadaan marah,stresss ataupun pape jela..senyum 2 terapi yang terbaik untuk kita...

#entry draf.

Paling annoying bila senyum kat org duduk kt depan.
Cth: pegi memana ofis ke kedai then kita tanya something yg ada kaitan dgn urusan kita pegi situ sambil tersenyum dgn penuh ikhlas ni sperti "kak/abg/cik/encik/puan, ruang ni (dlm borg) kena isi tak?"
Atau
"Kak/abg kat sini ada jual benda ni tak?"

Tapi balasan yg kita dpn dari soalan kita adalah muka macam nak bagi penampar kat kita ditmbah dgn jwpn yg menyakitkan hati . Annoying tau. Please la. Kot ye pun kau gaduh dgn laki kau jgn la org lain yg kena terima tarikan muka masam tanpa senyuman kau. Bukan aku yg ambik laki kau.. Haha.

Benda senyum ni perbuatan simple tau. Simple sangattt. Xpayah kau nak keluar duit juta2 bg org senang dgn kau. Mmg bukan mudah nak puaskan hati org. Karang kau senyum kat orang kang orang kata lain pulak kan.. aku paham jugak. Tapi sekurang2 nya kita cuba utk buat sesuatu yg menyenangkan hati org yg pandang. Especially org yg duduk barisan hadapan. Awak yg bawak nama baik tempat awak tau.. # dah biasa kena ..haha

btw.. keep smile ehh :)) hihi

Bye.
Tq :)

Running Man di Malaysia.

Assalamualaikum.

RUNNING MAN .. Haishh xbest update belog sbb xbleh up gambar.. bencik tauuu.. sabtu kemarin running man datang malaysia kan.. baca kat belog org je. Hikhik.. nak pegi tiket mahallll kau. Xpayah nak live sgt la. Tgk kat skrin laptop sudah..

Aku ni agak ketinggalan gak tgk running man. Yela. Baru start tgk sejak menganggur ni.. tu pun baru start tgk yg lama2 punya. Haishhh tapi apadehal bro. Relax le.. hihi..

Suka tgk running man sbb kelakar then dorang punya mission tu wlaupun mcm main2 je tapi daebak ahh. Serius best.. sekali tgk ketagih kot. *itu aku la. Haha

Running man ada 7 ahli dia. Jae suk,suk jin, jong kook, gary , haha, kwangsoo, dan ji hyo.. tapi yg dtg malaysia kmarin 5 org je. Gary dgn Jae suk xdtg pn.

Semua ada karakter yg menarik semua. Tapi aku suka tengok Haha. Kwangsoo. Dgn jae suk. Kalau xada dorg mesti sunyi. Sbb mcm dorg yg bnyak memeriahkan program gitu. Hahaha

Nak ambik byk2 lagi running man kat kawan . Dah kekdahnya xada astro HD sgala. Tgk kat laptop jela. Hahaha.


*xboleh nak up gambar running man.


Kbye
Tq :)

Saturday 25 October 2014

Pemilik blog Realiti Konspirasi, Zack Zukhairi

 Assalamualaikum. :)

Hai. Skrg punya nafsu nk update belog membuak2. Tp no idea. Tp sbnrnya idea banyak. Nak cerita pasal konvo yg dh bertahun la macam2 la tp tu la sbb xboleh nak up gambar so i pendamkan dlu hasrat di hati. Bencikkkk . Hahaha

Xapa. Skrg kita cerita dulu pasal tuan belog realiti konspirasi ni.. siapa sbenarnya zack zukhairi ni? Lawyer, majistret. Bukan. Dia engineer. Apa? Engineer??? Jeng jeng jeng.. * hentikan drama.hakhak

Dulu beberapa tahun yg lalu aku penah masuk dh belog dia ni. Then penah la baca 2 3 entry dia. Tp memandang kan masa tu zaman aku bergelumang dgn nota, buku2 yg tebal melebihi tahap ketebalan otak aku jadi makanya aku xbaca habis entry2 dia sebab panjang2 belaka umpama buku nota financial management gitu. So aku KIV kejap belog dia. Haha. Tp walau apa pn. Aku penah baca 1 2 entry dia yg meninggalkan kesan mendalam dlm hidup aku. Yg bg berubahan besar pd aku yg mana sejak aku baca entry tu aku dah boikot kedai mamak. Kahkahkah. Korg search google entry apa erk.

Skrg ni. Bila aku macam xde menda nak buat so aku geledah balik belog dia. Utk cari apa yg membuatkan org2 mcm ketagih dgn entry dia walaupun dh setahun xupdate. Yg mana bila aku bukak blog dia pengomen dia adala dlm 200 300 +++ gila la.. haha. Jadi aku start balik baca belog dia dari awal sampai la yg last entry tahun lepas punya. Makanya. Baru aku tahu kenapa entry dia digilai ramai wlaupun panjang. Aku pn dh jadi salah sorg penunggu setia entry dia dh. Hakhak. Baru 2 3 hari kemarin aku follow blog dia. Entry dia walaupun panjang tp i suka sebab tulisan kemas then sempoi kot.. kalah tulisan entry aku. Kahkah..

Skrg ni. Dia dh setahun xupdate belog. Yg aku tahu dia dh kawin haritu.. nak dapat baby dah. Tahniahhhh. *mcm dia baca. Belog isteri dia pn aku dh follow. Kau mampu? Hakhak.

Entry ni xde gambar zack zukhairi. So apa2 pegi google je. Hakhakhak

Tq :)
Bye.

Tuesday 21 October 2014

Tips ke karnival kerjaya.

Assalamualaikum.

Hee. Minggu lepas kt tapah ni ada buat karnival kerjaya then plan nak pegi tapi xpegi pn. Sbb xado sape nk temankan. Nk pegi sorg pulak level confiden low. Hahaha. Boleh?

Mlm sebelum karnival tu sesaje la google tgk pengalaman org yg penah pegi karnival kerjaya. Mcm2 cerita ada. *pegi google sendiri.heee

Actually. Google cerita org tu sbb nk bg level confiden ni tinggi sikit. Tp .. hahaha. Sbbnya ada yg cerita kena interview speaking b.i.. pengsannnn. Hahaha.

Eh. Kt atas tajuk tips tp merepek ke lain
Ok tips ni terjumpa kt belog job malaysia *xsilap. So marilah ulang kaji sesama. Selamat maju jaya #cehhhh


Panduan Menghadiri Karnival Pekerjaan

Apa Perlu Dilakukan

·   Daftarkan diri di tempat pendaftaran.
·   Dapatkan senarai majikan yang hadir di Karnival Pekerjaan tersebut.
·  Dapatkan pelan tapak Karnival dan pastikan di mana kedudukan setiap majikan yang tuan/puan akan kunjungi.
· Bawa sijil asal dan alat tulis yang sesuai
·  Bawalah salinan resume yang secukupnya. Kalau boleh sediakan berbagai versi resume anda sekiranya mencari berbagai jenis jawatan.

Pakaian

· Berpakaianlah secara profesional.

Baju Kemeja/ Slack [lelaki]
Baju yang sesuai [perempuan]
Pakai kasut yang sesuai dan selesa
Jangan pakai T-Shirts
Jangan pakai jeans
Jangan mengenakan fesyen rambut/ cermin mata yang terlalu terkini

Strategi

·  Sediakan strategi bagi memaksimumkan masa tuan/puan di acara ini. Jangan habiskan masa bersama majikan yang tidak menjadi pilihan anda.

·    Jangan abaikan majikan yang mengadakan pengambilan bagi jawatan yang di luar bidang anda; ambil masa untuk ‘network’ (berkenalan) dengan pegawai mereka dan cuba dapatkan nama bagi Pengurus yang membuat pengambilan.

·   Cuba lakukan penyelidikan asas bagi setiap majikan yang anda harap untuk bertemuduga pada masa Karnival Pekerjaan Pekerjaan itu. Soalan yang biasa ditanya semasa temuduga di tempat ini oleh pegawai penemuduga ialah “Kenapa anda ingin bekerja dengan syarikat kami"

•   Jangan hanya meninggalkan resume anda di meja Syarikat dan terus berlalu.

·   Cuba sediakan ‘iklan’ pendek yang memberi fokus kepada kekuatan yang anda miliki dan boleh disumbangkan kepada bakal majikan. Bersedialah untuk soalan-soalan temuduga yang biasa ditanya.

·  Jangan rasa takut atau terancam oleh kehadiran penemuduga, mereka di sana untuk melakukan kerja mereka; ia itu untuk berjumpa dan menapis bakal pekerja mereka.

·  Bersedialah untuk menceritakan tentang pengalaman kerja, kemahiran dan kebolehan. Bagi yang baru lepas belajar, sediakan jawapan bagi soalan tentang CGPA anda. (Gunakan CGPA, major, kursus, tempat belajar yang dapat menunjukkan kekuatan anda)

· Cuba sediakan soalan yang sesuai ditanya untuk setiap majikan, tetapi jangan tanya soalan yang sepatutnya diketahui umum seperti “Apakah yang Syarikat Tuan lakukan”.

·  Cuba sebutkan nama penemuduga beberapa kali semasa perbualan anda dengan mereka, walaupun terpaksa menjeling kepada ‘name tag’ nya. Kalau boleh cuba juga dapatkan ‘business card’ (sekurang-kurang nya ‘contact information’) dari setiap majikan.

•   Hindari sebarang kebiasaan yang tidak baik seperti bermain-main dengan rambut, mengunyah ‘chewing gum’, menggelisah, memegang hidung, dll.

•  Cuba ingatkan segala kunci kepada kejayaan temuduga. Ini termasuklah genggaman semasa berjabat tangan, senyuman yang mesra, ‘eye contact’ dan suara yang bertenaga.

·   Cuba hindari dari menggunakan perkataan seperti ‘um’, ‘aa’, dll.

·   Cuba ambil kesempatan masa yang anda peroleh untuk membina ‘rapport’ (hubungan) dengan setiap majikan, tetapi jangan memonopoli masa mereka.

·  Jangan sesekali pergi ke ‘booth’ majikan dan mencelah temuduga orang lain; tunggu giliran anda dan cuba bersopan.

· Jangan bazirkan peluang untuk ‘network’, bukan sahaja kepada majikan, tetapi juga kepada sesama pencari kerja dan juga pengunjung yang datang ke Karnival Pekerjaan itu.

·  Jangan sebutkan apa-apa perkara yang negatif tentang kolej atau jawatan, syarikat atau penyelia anda yang lepas.

·  Cuba tanyakan tentang proses pengambilan bagi setiap syarikat, tetapi jangan tanya terlalu banyak soalan tentang gaji, cuti atau ganjaran-ganjaran lain.


Sumber : jobmalaysia


#sila baca sampai lebam . Hikhikhik

Tq:)

Sunday 19 October 2014

Sakit gigi bongsu.

Assalamualaikum ..

Entry ni yg nak up td. Tp pegi mengarut ke lain dlu. Smalam pegi BL kt belog blogger femes. Then terbaca entry2 lama dia. Salah satunya pasal xboleh buat kerja sbb dok menahan sakit gigi bongsu. So dgn rajinnye pegi la geledah belog org lain jugak yg sakit sampai kena operate la. Adushhh.

Gigi bongsu ni *yg aku penah dengar la* . Gigi last sekali yg tumbuh. Belah kanan dan kiri. Lpastu dlu kwn2 aku cerita bg yg gigi bongsu ni muncul time umur kita 21 thn *eh betul ke* sbb aku pn tumbuh time umur 21 dan yg paling xtahan kwn aku kata lagi bila tumbuh gigi bongsu org tu dh xboleh tinggi.. *sentap itew. Hahaha
Zaman xda gigi bongsu dulu i takut tau bila org cite sakit gigi bongsu nak naik ni sakit sangattttt.. cuak wei. Sakit biasa pn dh teruk. Aku pikir mcm2 time tu. Risau sampai penah terpikir kalau xtumbuh xboleh ke. Hahaha.nmpak tak psiko betul *gigi bongsu menghantui hidup aku.

lepastu dlm awal tahun haritu *thn baru naik umor 21* aku start rasa mcm ada something area gusi kt hjung tu. Rasa mcm ada bnda kacau. Aku ingt ada tulang ke apa. Buat xtau je sbb xsakit pn. *alhamdulillah. Then bila gosok gigi berdarah. Tp tu normal bg aku. Buat xtau je sampai la rasa mcm sakit sikit kt pipi tu kan *yela gigi nak naik dia start cucuk la pipi munggil i.. haha. Usha2 kt cermin nmpak mcm putih2. Tp ingt kna ulser. Hahaha. Tp dh lama2 *tgk ulser xhilang pn. Baru la tau itu gigi bongsu.

skrg belah kanan pulak tgh naik. Dh naik tp ini lagi xrasa apa dari belah kiri haritu. Cuma bila dia nak naik tu gusi mcm bengkak sikit tu yg sakit sikit kot. Tp alhamdulillah korg xpayah nk menghantui diri korg dgn gigi bongsu ni. Insyaallah xda mende. Tuhan bg sakit lain2. Mungkin la xsakit awal tp nanti2 aku xtau lagi kan. *mintak dijauhkan la sakit tu.

Untuk korang yg belum ada gigi bongsu tu. FIGHTING ok.hakhak
Tq :)

Belog berwajah separa baru :)

Assalamualaikum ..
Skrg rajin muncul kt belog sbb xde mende nak di kejekan kt umah. Update belog ada paedah kn. Hahaha.
Nama belog pn dah tukar. Tp header dh berkurun xtukar2. 2 thn lbh dh dok mengarut kt belog tapi baru ada xsmpai 30 pn entry. Haishh busy beno. Skrg bru ada masa nk manjakan belog ni.

Banyak benda nk kena perbetulkan dgn belog. Byk mngarut je. Widget mcm budak2 je bersepah. Nak jadi kan belog ni seiring usia gitu. Nak buat simple2 je.. haishh ble ntah nk boleh buat. Skrg blog walking ke update blog pakai enset cikai tersyg je tu yg gambor sekeping pn tak ado bila up entry.hahaha. *leceh ble nak up gambor.
Laptop kena kebas dek adik bwk pegi kolej dia. Tu yg sbtg kera je.

Lps hias belog cantik2. Xberat baru boleh follow ramai org. Then baru lah followers pn ramai. Gitewwww. Hakhakhak

Nak update benda lain sebenornya tp TERmengarut ke lain.


Belog kita dlu gadsbntangygsmple.blogspot.com tu dh tukar ke iamshidaramli.blogspot.com. *remaja tak nama belog kita. No kanak2 lg. Nak eja pn senang. Hikhik


Kbye
Tq :)

Tuesday 14 October 2014

Sambung belajar?

Assalamualaikum :)

Sekarang ni aku tgh mengalami sindrom pelik ni. Penyakit pelik. Hahaha tau apa dia ??

Skrg Bila mengadap fb ke apa2 laman2 sosial la aku ada masalah bila tgk kwn2 aku post gmbar tgh study ke, dlm kelas ke, tgh buah assigment ke atau apa2 yg berkaitan dgn BELAJAR. Hahaha. Xphm skrg ni. Tapi ni sbenarnya penyakit *cemburu* . Tau apa itu cemburu? Hakhak.
Aku rindu woii zaman study aku. Aku rindu nk buat assigment. Aku rindu nak stay tgh2 mlm study untk kuiz esok. Aku rindu rindu nk bergelumang dgn paper midterm final. Aku rindu nk bangun pagi2 pegi kelas dgn mata mcm burung hantu. Aku rindu semua tu tau tak. :(

Jadi apa masalah? Pegi jela sambung study kn...

Bukan tak nak. Impian woii. Jeles menggila tu tgk kwn2 yg sma2 berjuang time diploma dlu semua dh nk abs degree. Aku jeles tau !!!!.

Tapi .. *ni bukan alasan semata2*
Aku kalau boleh nk keje dlu . Kerja tetap. Byk hutang woi nak settle. Ptptn. Kereta lg. Hutang bwh bantal tau x. Hahaha. Klau bleh nk start cikit2 byr hutang yg ada then smbung study dgn duit sendiri pulak.. no more ptptn!!!. Cehhh.

Lg satu sebenarnya aku buat keputusan nk kerja dlu ni pn sbb aku kecewa tahap petala dgn upu yg dh tolak aku jauh2. Sampai hati mu! 2 kali aku kecewa tau. Huhhhh. Tapi xpe ada hikmah . Hikhikhik *think positive.

Walau apa pn . Aku nak jugak sambung degree . Biar masa yg menentukan bila. Cehhhh
 Hahaha.. insyaallah. Doa . Usaha jgn tinggal.


Kbai .
Tq :)

Saturday 11 October 2014

PTPTN :)

Assalamualakum.

Smlm ada baca 1 blog akak ni pasal ptptn. Aku juga salah sorg peminjam ptptn.hee. aku berhutang 20k xslap untuk diploma kan. Lepas baca entry pasal ptptn ni aku rasa kalau cek tekanan stress aku mcm dlm running man tu compem tinggi kadar stress aku. Hahaha.

Aku secara rasminya habis study bulan 4 tahun lps. Then bln 1 haritu baru konvo tp surat ptptn baru sampai kt aku sekali je masa praktikal haritu dlm bulan 1 2013 cmtu la then xpenah smpai dh smpai sekarang*ada yg tolong settlekan ke. Hahaha

Sepatutnya lepas surat smpai haritu aku dh kena start bayar dh dlm rm128 sebulan *xsilap la. Tapi smpai skrg xbayar lg. Jadi bdasarkan apa yg aku phm dri apa yg aku baca smlm kalau nanti aku nk start byr, aku kena byr dlu keseluruhan tunggakan yg lalu skali dgn faedah. Ishhh betul ke ni. Pitam kejap haha.

Tapi skrg keje xada. Acane nk bayor. Hmmm. Tapi mmg berharap sgt bleh settle awal. Hutangkan. Ingat bleh ke nk duduk senang lenang dgn hutang dpn mata je. Haissshhh.

*sapa2 yg dh boleh byr tu sila la byr ye. Krg faedah lagi meninggi pulok. Hee

Tq:)

Thursday 9 October 2014

Xkenal maka xcinta. :)

Assalamualaikum.
Hehehe. Terrrajin pulak nk belek blog hari ni. Sjak2 jadi penganggur terhormat ni rasa mcm hmm hmm nk ckp mcm mna erk. Haha. *ok diam. Pikir nk taip pasal apa. Hee.

Ok berbalik pada title kt atas sana #Xkenal maka xcinta. Hahaha. Bercinta jugak nak buat title ni. Ok mcm ni.

Aku ni dulu sekolah duduk asrama then bila cuti sek balik rumah ada la kwn2 yg contact. Bila sebut kwn2 opkos 99% adalah member sekolah. Bila kwn2 yg biasa contact its normal. Ni nk cerita kwn yg xbiasa contact. So bila first time dorg contact ayat azimat mereka2 adlah

"Gile sombong kau kt sekolah"
"Sombong betul kau"

Hahaha. Dan yg seumpama dgnya.

Bila masuk kolej pun sama jugak. Balik dri kelas bukak fb msti ada mereka yg pm

"Sombongnye"
"Tak penah tegur pun"

Hahaja. Dan lain2. *Ewah2 kau orang

ok meh nak cerita. Ayat2 diatas biasanya dtg dari member2 lelaki. Haha.
Aku bukanla sombong tak tentu hala. *lebih kpd pemalu kot. Cehhhh

yela takkan aku tetiba nk pegi tegur korang klu xada hal ye dak. Karang kata buang tebiat pulok.haaa. aku xdehal sbnrnya tapi tula muka aku nmpak mcm sombong,garang,belagak nk mammmpus. Tapi hati i ada taman bunga tau.haha
Sape2 yg dh kenal aku compem akan nmpak perangai gila2. Xmatang aku. Suka gelak byk kuat pulak tu.haha

Lagi satu. Aku ni penyegan sikit kot hahaha . Malu itewww tau * tutup muka. Tapi kalau dh biasa dgn org tu terutama klau sekepala gila2 gak mmg xde dah la nk segan2 sgala. Hahaha..

Hee itu je nak cite. So jgn malu2 nk tegur. Xkenal maka Xcinta gitu. #xpayah nk bercinta2 sgt.


kbai
tq:)


Tuesday 7 October 2014

Apa jadi dengan aku selama setahun ?

Bismillah :)

Assalamualaikum.
Gigih menaip dikala subuh2 ni.. cehhh. Sebab apa tau? Sbb dh lama xmelempiaskan rindu dendam kt sini.. hahahaha.. *pegi muntah jauh2*

Tapi betul la setahun menghilang aku rindu nk taip kt blog ni. Selama tempoh lupa password,emel apa semua ni aku hanya mampu usha blog ni dari jauh je.. xtrcapai akal ingatan aku apa psword blog ni.hahaha tp akhirnya bertemu jugak kite.. kahkah * poyo punya ayat

Mana aku pegi selama sthn? Apa dh jd spnjang sthn? Aduhhh byk benda yg berlaku spnjang sthun ni. Positif negatif dicmpur aduk jd kehidupan.. kahkahkah haishhh apa pasal ayat nk menjiwang ntah.

*skip*

Apa yg berlaku kt aku slama stahun?


● Tamat belajar.
Iye. Alhamdulillah tamat tempoh 3 thn aku menuntut ilmu diploma. Masih terkapai2 lg nk menglaksanakan sgala ilmu yg ada..* ahhh xtau nk taip apa*


● Kerja
Hikhik. Petama kli dlm hidup aku menjadi seorg pekerja yg bngun pagi2 nk smpai tmpt keje cpt sbb xnak punch card merah. Ye petama kali dan ia adlah 1 pglaman yg aku ingt smpai bila2 tp dikala aku menaip entry ni aku adalah seorg #penganggur terhormat. Ehh. Hahaha.

● Menganggur
Kalau ada yg tnya jd penganggur best atau tak? Jwpnnya 1000% dan lebih adalah TIDAK. Hahaha. Pengalamab jugak ni *PENGALAMAN SUPAYA TIDAK MEMILIH KEJE. hakhakhak

oklah idea ku semakin kering tapi adakah entry ni hnya entry kosong tnpa gambar. Ohhh tidak . Aku adlh xsuka baca entry tnpa gmbr. So serius this entry if no picture gitu.

Sat nah nk try boleh dak up gmbr barang sebijik dua.
                             ↓
             
                             ↓

                             ↓



                             ↓

                             ↓

                             ↓




Opssss.. maaf. No pic 4 this entry.
Line cap ayam toksah berangan nk up pic.hikhikhik.


Ok bye :)

#maaf entry pnjang ni ditaip pakai phone cikai hasil keje 9 bln je. Heeee.

Saturday 27 September 2014

Setahun ke mana menghilang??

Assalamualaikum..

hyeee..hikkk.hikk setahun lebih xupdate.. why2?? hahaha rindu sama ini blog... kihkihkih.

kite xupdate blog sebab  kite lupa password... ye. lupa password untuk yg ke3 kalinya..skrg baru jumpa password..comel sgt lupa password ni..hikhikhik


tu je nk bgtau..nanti update lain. bnyak beno story xudate ni.. bye :)